遇见数据集

OSCILLATORY FLOW BEHAVIOUR ACROSS STACK WITH DIFFERENT POROUS DESIGNS AND THE VIBRATION INFLUENCE ON STANDING WAVE THERMOACOUSTICS

收藏
Zenodo2026-05-19 更新2026-05-26 收录
官方服务:

资源简介:

Pembuatan aditif membuka peluang untuk penciptaan struktur berliang dan kompleks, tetapi dinamik aliran kurang difahami khususnya bagi teknologi seperti termoakustik. Kajian ini melaporkan eksplorasi ujikaji sambutan hidraulik bagi aliran gelombang berdiri merentasi tiga reka bentuk struktur berliang: plat-selari, busa sel-terbuka, dan struktur gyroid. Ujikaji dijalankan bagi pemacu aliran antara 0.6% dan 2.5% dengan udara pada tekanan atmosfera dan frekuensi salunan 14 Hz dan 23.2 Hz. Dapatan menunjukkan plat-selari, dengan keliangan terendah (76%), menghasilkan nisbah pemacu tertinggi untuk aliran termoakustik, mewakili pengekangan akustik yang baik tetapi turut menyebabkan getaran yang besar pada dinding penyalun. Struktur gyroid (keliangan 85%), menghasilkan nisbah pacuan terendah dan pergerakan dinding yang rendah, menandakan peningkatan redaman likat. Perlakuan pertengahan direkodkan pada busa sel-terbuka (keliangan 86%), yang menawarkan tolak ansur antara pengecilan akustik dan kestabilan struktur. Peningkatan frekuensi operasi membawa kepada kehilangan tekanan yang besar tetapi pada pergerakan dinding yang kecil kerana nisbah tersebut berkadar songsang terhadap frekuensi sudut. Dapatan ini boleh digunakan untuk mengoptimumkan rekabentuk tindanan bagi enjin dan penyejuk termoakustik masa depan bagi mencapai pemindahan tenaga efisen dan kestabilan struktur.

提供机构:
Zenodo
创建时间:
2026-05-19
二维码
社区交流群
二维码
科研交流群
商业服务