IFLA/UNESCO Manifesto perpustakaan awam
收藏IFLA Repository2026-02-09 更新2026-05-16 收录
下载链接:
https://repository.ifla.org/items/f895dbc0-bdb3-4d8c-86e2-2e9a9bfacd67
下载链接
链接失效反馈官方服务:
资源简介:
Laluan kepada ilmu pengetahuan masyarakat serta individu merupakan nilai-nilai asas kemanusiaan. Nilai-nilai ini hanya akan tercapai sekiranya rakyat berilmu dan berpengetahuan mengamalkan hak demokrasi serta aktif memainkan peranan dalam masyarakat. Penglibatan yang membina dan pengembangan demokrasi bergantung kepada tahap pendidikan yang sempurna dan akses kepada ilmu pengetahuan, pemikiran, kebudayaan dan maklumat tanpa batas. Sebagai wadah menimba ilmu, perpustakaan awam menyediakan keperluan asas untuk pembelajaran seumur hidup, keupayaan membuat keputusan secara bebas dan pembangunan budaya individu mahupun masyarakat. Manifesto ini mengisytiharkan kepercayaan UNESCO terhadap perpustakaan awam sebagai pusat kesinambungan pendidikan, budaya dan maklumat serta sebagai agen penting ke arah mewujudkan kemakmuran dan keharmonian rohani dalam minda setiap individu. Oleh yang demikian UNESCO menggalakan kerajaan pusat dan negeri supaya menyokong dan bergiat aktif dalam mengembangkan perpustakaan awam.
提供机构:
International Federation of Library Associations and Institutions
创建时间:
2021-10-05



