five

HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI ARAU

收藏
Figshare2018-01-02 更新2026-04-08 收录
下载链接:
https://figshare.com/articles/dataset/HUBUNGAN_ANTARA_GAYA_KEIBUBAPAAN_DENGAN_PENCAPAIAN_AKADEMIK_DALAM_KALANGAN_PELAJAR_KOLEJ_KOMUNITI_ARAU/4753516
下载链接
链接失效反馈
官方服务:
资源简介:
Secara konsisten, Baumrind (1966, 1967, 1991) menyifatkan prestasi tinggi akademik anak-anak berkorelasi positif dan signifikan dengan praktik gaya keibubapaan autoritatif berbanding permisif dan autoritarian. Kajian ini bertujuan menguji sejauhmana model Baumrind dapat diterima sebagai model asuhan yang deduktif dan universal seperti didakwa. Lapan objektif kajian ialah: (i) tahap amalan gaya keibubapaan autoritatif di kalangan ibu bapa pelajar, (ii) tahap amalan gaya keibubapaan autoritarian di kalangan ibu bapa pelajar, (iii) tahap amalan gaya keibubapaan permisif di kalangan ibu bapa pelajar, (iv) tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar, (v) hubungan yang signifikan antara amalan gaya keibubapaan autoritatif dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar, (vi) Hubungan yang signifikan antara amalan gaya keibubapaan autoritarian dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar, (vii) hubungan yang signifikan antara amalan gaya keibubapaan permisif dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar, dan (viii) perbezaan yang signifikan pencapaian akademik di kalangan pelajar berdasarkan jantina. Seramai 152 responden pelajar Kolej Komuniti Arau yang dipilih secara rawak mudah menjawab set borang soal selidik terpiawai. Hasil tinjauan borang soal selidik mendapati bahawa gaya keibubapaan autoritatif (M=4.00, SP=.49) dan autoritarian (M=3.56, SP=.54) berada pada tahap memuaskan manakala gaya keibubapaan permisif (M=2.88, SP=.67) berada pada tahap sederhana. Tahap pencapaian akademik pelajar berada pada tahap kepujian (M=3.39, SD=0.30). Ujian Kolerasi Spearman mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan antara amalan gaya keibubapaan autoritatif (<i>k </i>= .147, p &gt; .05) dan autoritarian (<i>k </i>= .088, p &gt; .05) dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar Kolej Komuniti Arau. Walaubagaimanapun terdapat hubungan yang signifikan antara amalan gaya keibubapaan permisif (<i>k </i>= .371, p &lt; .01) dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar Kolej Komuniti Arau. Dapatan ujian-t sampel bebas mendapati bahawa tiada perbezaan antara pencapaian akademik di kalangan pelajar Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina, t(150) = .732, p&gt;.05. Berdasarkan penemuan, kajian ini menolak penggunaan model Baumrind sebagai sebuah model asuhan yang deduktif dan sejagat sebaliknya boleh dirumuskan bahawa tinggi atau rendah pencapaian akademik pelajar tidak dipengaruhi jenis gaya keibubapaan yang diamalkan semata-mata. Kajian mengesyorkan bahawa pengujian model Baumrind pada masa hadapan menggunakan pendekatan yang berbeza seperti model persamaan struktur (SEM) selain mengambil kira pengaruh elemen lain yang diabaikan seperti IQ, EQ dan persekitaran pembelajaran. <b>Kata Kunci</b>: <i>Gaya keibubapaan, pencapaian akademik, model Baumrind</i>
创建时间:
2017-03-15
二维码
社区交流群
二维码
科研交流群
商业服务